Kejohanan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mustafa Salim dan diikuti dengan aktiviti senamrobik dan bacaan doa sebelum memulakan acara merentas desa. Acara dibahagikan kepada 8 kategori iaitu Perempuan D & E, Lelaki D & E, Perempuan C, Perempuan B, Perempuan A, Lelaki D, Lelaki B, dan Lelaki A. Setiap kategori dilepaskan selang 5 minit.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKMM, Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib dengan diiringi oleh Encik Wan Adnan b Wan Bidin selaku pengerusi untuk Kejohanan Merentas Desa ini.
Tahniah kepada para pemenang dan diharapkan ia menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar yang lain.
No comments:
Post a Comment