Selamat Datang Ke Blog SMK Mahmud Mahyidin

Friday, December 31, 2010

Selamat Datang ke Blog SMK Mahmud Mahyidin

Diharapkan anda semua dapat memberikan kritikan dan cadangan yang baik untuk memperbaiki mutu blog ini supaya ia menjadi salah satu landasan kepada kita semua untuk berkongsi cerita, pendapat dan ilmu pengetahuan


Sila tinggalkan komen anda di ruangan 'KOMEN' di entri ini atau 'RUANG DISKUSI' untuk mendapatkan maklum balas dari anda semua

Sekian, Jutaan Terima Kasih


Read more...

Selamat Tahun Baru Cina 2010

Thursday, February 11, 2010


Selamat Tahun Baru Cina
diucapkan kepada semua Warga SMK Mahmud Mahyidin yang menyambutnya.
Semoga tahun ini membawa lebih kejayaan kepada SMK Mahmud Mahyidin.

Read more...

Kejohanan Merentas Desa 2010

SMKMM 6 Feb - Kejohanan Merentas Desa 2010 telah diadakan bertempat di Padang SKM Mahmud Mahyidin. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKMM, Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib.


Kejohanan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mustafa Salim dan diikuti dengan aktiviti senamrobik dan bacaan doa sebelum memulakan acara merentas desa. Acara dibahagikan kepada 8 kategori iaitu Perempuan D & E, Lelaki D & E, Perempuan C, Perempuan B, Perempuan A, Lelaki D, Lelaki B, dan Lelaki A. Setiap kategori dilepaskan selang 5 minit.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKMM, Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib dengan diiringi oleh Encik Wan Adnan b Wan Bidin selaku pengerusi untuk Kejohanan Merentas Desa ini.

Tahniah kepada para pemenang dan diharapkan ia menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar yang lain.



Read more...

Majlis Penyampaian Watikah 2010

Tuesday, February 9, 2010

SMKMM 1 Feb - Perlantikan Pengawas Sekolah, Ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya Sesi 2010 telah diadakan bertempat di Dataran Cemerlang SKM Mahmud Mahyidin. Majlis Penyampaian Watikah berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, YBrs. Puan Hajah Siti Meriam bt Mohmed.


Majlis bermula pada jam 7.20 pagi di mana para pelajar dan guru mengambil tempat. Ketibaab tetamu jemputan disambut dengan perarakan kompang dan bunga manggar serta perbarisan unit beruniform.


Tahniah buat semua para pelajar yang terlibat dengan Majlis Penyampaian Watikah 2010 ini kerana telah menjayakan majlis ini dengan jayanya. Diharapkan para pelajar yang menerima perlantikan ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan sebaik mungkin.

Ketibaan YBrs. Puan Hajah Siti Meriam bt Mohmed

Ucapan dari Pengetua SMKMM Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib

Ucaptama & Perasmian Oleh YBrs. Puan Hajah Siti Meriam bt Mohmed

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP