Komputer Riba Terbaru Keluaran HP

Monday, December 14, 2009


Hewlett-Packard (HP) tidak asing lagi sebagai salah satu pengeluar produk pengkomputeran yang berjaya. Terbaru, HP tampil dengan model terbarunya HP Probook 5310m. Diantara ciri - ciri model ini ialah

  1. Model ini adalah model komputer riba yang paling nipis didunia yang mana menawarkan prestasi perniagaan penuh bagi keperluan mobiliti golongan professional.
  2. Produk ini hanya seberat 1.72 kg dan ketebalannya 0.93 inci. Model ini didatangkan bersama paparan skrin LED berdefinisi tinggi 13.3 inci.
  3. Binaan luarnya adalah kombinasi material aluminium dan magnesium dengan rekaan yang sofistikated.
  4. Model ini dipacu dengan menggunakan pemproses Intel CoreTM2 Duo SP9300.
  5. Bateri model ini mampu bertahan sehingga 8 jam kerana ia diperbuat daripada polimer litium berkapasiti tinggi.
  6. Pengguna juga boleh mengakses kandungan internet ketika komputer tidak aktif dengan kadar masa sambungan kurang daripada 20 minit kerana model ini menggunakan aplikasi HP QuickWeb.
  7. Selain itu, pengguna juga boleh mengedit emel, kalendar dan juga nombor telefon tanpa mengaktifkan komputer tersebut.

HP ProBook 5310m kini boleh didapati dipasaran dengan harga RM 3,299 dengan pilihan sistem operasi Microsoft Windows XP ataupun Microsoft Windows Vista.

Read more...

Cara - Cara Untuk Scan Virus Pada Pendrive

Di sini beberapa langkah mudah untuk anda scan virus pada pendrive.


1. Klik My Computer pada menu Start



2. Klik Right Click (klik kanan pada tetikus) pada ikon pendrive dan klik Scan selected files with Antivir ataupun apa - apa antivirus yang di install di dalam komputer tersebut



3. Proses untuk scan virus akan bermula



4. Tunggu sehingga ia selesai dan klik End

Read more...

Pengetua, Guru Besar Diberi Kuasa

Wednesday, December 9, 2009

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membayangkan perkara itu berkata, kuasa berkenaan boleh 'diperturunkan' kepada pengetua dan guru besar memandangkan mereka lebih mengenali prestasi setiap guru.


"Kemungkinan suatu hari nanti mereka (pengetua dan guru besar) boleh mengambil dan memecat. Ia bagi membantu mereka mengenal pasti guru yang berdedikasi dalam membantu mewujudkan sekolah yang cemerlang," katanya.


Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2010, peringkat jawatankuasa kementerian itu, pada Sidang Dewan Rakyat, hari ini.


Menurut Mohd. Puad, langkah luar biasa itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk melakukan revolusi dalam bidang pendidikan negara.


Mengulas lanjut mengenai revolusi itu, beliau menambah, semua guru turut diwajibkan melafazkan aku janji (baiah) baru.


Jelasnya, aku janji tersebut bagi memastikan tiada lagi guru-guru selepas ini mohon untuk bertukar selepas hanya dua tahun bertugas walaupun atas alasan mengikuti suami atau sebagainya.


"Ini juga sebahagian perubahan minda kepada guru-guru agar mereka menampilkan prestasi terbaik. Melalui akur janji ini kementerian tidak lagi melayan permohonan pertukaran yang kurang dari tempoh dua tahun," jelasnya.


Sementara itu, beliau menjelaskan kementerian tidak bersedia untuk merombak jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi mengelak daripada bertembung dengan musim tengkujuh.


Katanya, rombakan jadual peperiksaan belum dapat dilaksanakan kerana ia akan melibatkan penyusunan semula secara keseluruhan struktur pengajaran dan pembelajaran selain rumit.


"Memang perkara ini telah ditimbulkan pada mesyuarat kementerian kerana jadual peperiksaan sekarang yang berlangsung pada hujung tahun mendedahkan pelajar di pantai timur kepada bahaya banjir.


"Walaupun mengakui idea ini bagus tetapi ia memerlukan kajian secara menyeluruh," katanya mengulas pandangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).


Ibrahim ketika membangkitkan cadangan itu berkata, kementerian tersebut wajar merombak semula jadual dua peperiksaan utama berkenaan ke bulan Januari.


Menurutnya, langkah itu wajar kerana saban tahun, calon SPM dan STPM di pantai timur terpaksa menjawab peperiksaan dalam keadaan tidak selesa selain turut mengancam nyawa


Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Ciri - Ciri Guru Positif dan Negatif


Ciri - ciri positif


  1. Penggerak aktiviti
  2. Pencari ilmu dan keterampilan kemaskini
  3. Sayangkan sekolah
  4. Mengambil bahagian dalam program - program
  5. Pencetus idea
  6. Bertanggungjawab di sekolah
  7. Berkemahiran komunikasi, oral skill dan bahasa ilmuan
  8. Ada kekuatan mental
  9. Sedia berubah untuk kebaikan
  10. Pengkritik membina, pemberi alternatif dan jelas
  11. Penstabil iklim pastrol (boleh kawal pelbagai)
  12. Model, pembentuk sahsiah, unggul dan good packaging

Ciri - ciri negatif

  1. Penonton dan pengkritik sahaja
  2. Perosak ketenangan iklim (menimbulkan ketegangan)
  3. Tidak peka dengan perubahan
  4. Tiada kesetiakawan dan kesetiaan
  5. Kurang keterampilan P & P (tidak berusaha membaiki diri)
  6. Tidak bertanggungjawab kepada sekolah dan pelajar
  7. Kurang ilmu dan tidak berusaha mencarinya
  8. Tidak menggunakan masa dengan baik

Read more...

Selamat Menjalani Peperiksaan


Selamat Menjalani Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Kepada Semua Pelajar Yang Terlibat

Read more...

Banjir

Tuesday, December 8, 2009

Kawasan - kawasan yang dinaiki air.





Sekitar Makmal Komputer


__________________________________






Sekitar Pusat Akses

Read more...

LOGO SEKOLAH





Latarbelakang Berwarna Biru

Lambang perpaduan


Obor
Lambang sekolah - sekolah yang memberi erti Suluh Kemajuan


Dua Daun Padi Berwarna Kuning Dan Dua Batang Padi Berwarna Hijau
Memberi erti kemakmuran


Buku
Pelajaran diutamakan


Jambatan
Situasi sekolah di seberang Kota Bharu (Pasir Pekan)
Penghubung dari kemunduran dan ke arah kemajuan


Hitam, Putih Dan Merah
Warna bendera sekolah


MAJU
Moto sekolah - Murid-Murid Yang Sentiasa Ingin Maju


1965
Tahun penubuhan SMK Mahmud Mahyidin


Saiz
3 cm x 2 cm

Read more...

ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin,
Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu,
Kelantan.

No. Telefon - 09-7196864
No. Fax - 09-7195085
Emel - smkmahmudmahyidin@yahoo.com

Read more...

LAGU SEKOLAH


SEKOLAH MAHMUD MAHYIDIN
SEKOLAH KEBANGSAAN KITA
MENDIDIK DENGAN PRIHATIN
MANCAPAI WAWASAN BANGSA

BELAJAR, BERUSAHA HADAPI CABARAN
BERIMAN, BERILMU, BERTAQWA DAN BERAMALAN
CEMERLANG DI DALAM SEGALA KEGIATAN
NILAI - NILAI MURNI SENTIASA DIKEKALKAN

SEKOLAH MAHMUD MAHYIDIN
SEKOLAH KEBANGGAAN KITA
MENDIDIK DENGAN PRIHATIN
MENCAPAI WAWASAN BANGSA

JASMANI, ROHANI, INTELEK DAN EMOSI
DIPUPUK, DIBINA, DIBELAI DAN DITERAPKAN
MELAHIRKAN MANUSIA SEIMBANG DAN HARMONI
YANG CEKAP, YANG CEKAL
YANG SEDAR KEWUJUDAN TUHAN

MAJULAH MAHMUD MAHYIDIN
MAJULAH SEKOLAH KITA
MENDIDIK DENGAN PRIHATIN
MENCAPAI WAWASAN BANGSA

Read more...

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kecermelangan prestasi akademik pelajar khususnya dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM
  • Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran serta kepimpinan sekolah ke arah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia
  • Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah ke arah peningkatan keselamatan, kebersihan dan keindahan alam sekitar
  • Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan jati diri dengan semangat kenegaraan demi agama, bangsa dan negara
  • Meningkat mutu disiplin dan moral yang tinggi di kalangan pelajar sehingga mencapai tahap 'Zero Defect'
  • Mempertingkatkan taraf profesional serta semangat kerjasama dan permuafakatan yang utuh di kalangan staf dalam satu pasukan bagi mencapai objektif sekolah
  • Berusaha meningkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran penyayang menerusi penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
  • Melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang Teknologi Maklumat (IT)
  • Mewujudkan rangkaian komunikasi dan kerjasama yang berkesan di antara sekolah, PIRG, alumni, agensi kerajaan, swasta dan masyarakat sekitar
  • Berusaha mencapai hasrat negara ke arah Wawasan 2020

Read more...

MOTO


Menuju Ke Arah Kegemilangan

Read more...

MISI


Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin
Beriltizam Untuk

  • Maju ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan beramalan mulia sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara
  • Melahirkan pelajar yang gemilang dalam bidang akademik dan kokurikulum
  • Mewujudkan budaya dan persekitaran sekolah yang sejahtera, selamat dan kondusif
  • Memupuk semangat muafakat dan saling bertanggungjawab antara pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa demi kegemilangan sekolah
  • Mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020

Read more...

VISI


Ke Arah Sekolah Gemilang Tahun 2010

Read more...

PENGENALAN DAN SEJARAH SEKOLAH


Sejarah Awal Penubuhan


S
ekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pasir Pekan. Pada masa itu, sekolah ini tidak mempunyai bangunan tetap dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sebelah petang. Bilangan pelajar ketika itu seramai 169 orang, yang mana terbahagi kepada 5 kelas. Tenaga pengajar pula hanya seramai 5 orang dan Guru Besar pertama ialah Encik Mohd Daham bin Haji Abd Hamid, berasal dari Kubang Kerian.

Pada 9 September 1966, para pelajar berpindah ke bangunan kekal yang siap dibina pada pertengahan tahun 1966. Blok - blok bangunan terdiri daripada 2 Blok Utama A dan B serta kantin dan sebuah Bengkel Seni Perusahaan.

Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Encik Mohd Khir bin Johari pada 2 Julai 1967. Dengan dipersetujui oleh keluarga Allahyarham Major Haji Mahmud Mahyidin D.P.M.K., M.B.E. sekolah ini telah diberi nama beliau sebagai tokoh yang telah banyak berjasa dalam bidang pelajaran, ketenteraan serta kebajikan rakyat di Kelantan khasnya. Dan sehingga kini, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

_________________________________________


Senarai Pengetua Sek. Men. Keb. Mahmud Mahyidin

  1. Encik Mohd Daham bin Abdul Hamid | Jan 1965 - Dis 1969
  2. Encik Ahmad bin Abd. Rahman | Jan 1970 - Dis 1970
  3. Encik Ismail bin Haji Ali | Feb 1971 - Dis 1972
  4. Encik Ismail bin Mat | Jan 1973 - Jan 1974
  5. Encik Ismail bin Idris | Ogos 1974 - Feb 1975
  6. Encik Nik Mohd Amin bin Nik Jaafar | Feb 1975 - Jan 1980
  7. Encik Yusoff bin Abdullah | Jan 1980 - Dis 1986
  8. Puan Hajah Anisah binti Omar | Jan 1987 - 2 Feb 1999
  9. Puan Hajah Halimah binti Malkan | 3 Feb 1999 - 13 Ogos 2000
  10. Tuan Haji Mamat bin Jusoh A.M.N | 16 Ogos 2003 - 31 Okt 2003
  11. Tuan Haji Abdullah bin Ismail | 15 Dis 2003 - 31 Mac 2005
  12. Puan Hajah Nuriah binti Sulaiman | 1 Jun 2005 - 31 Dis 2006
  13. Puan Hajah Nik Raina binti Hj Nik Taib | 16 Jan 2007 - sekarang

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP