PENGENALAN DAN SEJARAH SEKOLAH

Tuesday, December 8, 2009


Sejarah Awal Penubuhan


S
ekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pasir Pekan. Pada masa itu, sekolah ini tidak mempunyai bangunan tetap dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sebelah petang. Bilangan pelajar ketika itu seramai 169 orang, yang mana terbahagi kepada 5 kelas. Tenaga pengajar pula hanya seramai 5 orang dan Guru Besar pertama ialah Encik Mohd Daham bin Haji Abd Hamid, berasal dari Kubang Kerian.

Pada 9 September 1966, para pelajar berpindah ke bangunan kekal yang siap dibina pada pertengahan tahun 1966. Blok - blok bangunan terdiri daripada 2 Blok Utama A dan B serta kantin dan sebuah Bengkel Seni Perusahaan.

Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Encik Mohd Khir bin Johari pada 2 Julai 1967. Dengan dipersetujui oleh keluarga Allahyarham Major Haji Mahmud Mahyidin D.P.M.K., M.B.E. sekolah ini telah diberi nama beliau sebagai tokoh yang telah banyak berjasa dalam bidang pelajaran, ketenteraan serta kebajikan rakyat di Kelantan khasnya. Dan sehingga kini, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

_________________________________________


Senarai Pengetua Sek. Men. Keb. Mahmud Mahyidin

  1. Encik Mohd Daham bin Abdul Hamid | Jan 1965 - Dis 1969
  2. Encik Ahmad bin Abd. Rahman | Jan 1970 - Dis 1970
  3. Encik Ismail bin Haji Ali | Feb 1971 - Dis 1972
  4. Encik Ismail bin Mat | Jan 1973 - Jan 1974
  5. Encik Ismail bin Idris | Ogos 1974 - Feb 1975
  6. Encik Nik Mohd Amin bin Nik Jaafar | Feb 1975 - Jan 1980
  7. Encik Yusoff bin Abdullah | Jan 1980 - Dis 1986
  8. Puan Hajah Anisah binti Omar | Jan 1987 - 2 Feb 1999
  9. Puan Hajah Halimah binti Malkan | 3 Feb 1999 - 13 Ogos 2000
  10. Tuan Haji Mamat bin Jusoh A.M.N | 16 Ogos 2003 - 31 Okt 2003
  11. Tuan Haji Abdullah bin Ismail | 15 Dis 2003 - 31 Mac 2005
  12. Puan Hajah Nuriah binti Sulaiman | 1 Jun 2005 - 31 Dis 2006
  13. Puan Hajah Nik Raina binti Hj Nik Taib | 16 Jan 2007 - sekarang

2 comments:

Wan Mahtar Wan Salleh June 21, 2021 at 7:03 PM  

Amat dihargai sekiranya maklumat pengetua dapat dikemaskini. Terima kasih

Wan Mahtar Wan Salleh June 21, 2021 at 7:07 PM  

Maklumat terakhir Pengetua-pengetua SMMMPP pd tahun 2007...kini sudah tahun 2021...dah 14 tahun tidak diupdate

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP