OBJEKTIF
Tuesday, December 8, 2009
- Meningkatkan kecermelangan prestasi akademik pelajar khususnya dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM
- Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran serta kepimpinan sekolah ke arah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia
- Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah ke arah peningkatan keselamatan, kebersihan dan keindahan alam sekitar
- Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan jati diri dengan semangat kenegaraan demi agama, bangsa dan negara
- Meningkat mutu disiplin dan moral yang tinggi di kalangan pelajar sehingga mencapai tahap 'Zero Defect'
- Mempertingkatkan taraf profesional serta semangat kerjasama dan permuafakatan yang utuh di kalangan staf dalam satu pasukan bagi mencapai objektif sekolah
- Berusaha meningkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran penyayang menerusi penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
- Melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang Teknologi Maklumat (IT)
- Mewujudkan rangkaian komunikasi dan kerjasama yang berkesan di antara sekolah, PIRG, alumni, agensi kerajaan, swasta dan masyarakat sekitar
- Berusaha mencapai hasrat negara ke arah Wawasan 2020
0 comments:
Post a Comment