Komputer Riba Terbaru Keluaran HP
Monday, December 14, 2009
Hewlett-Packard (HP) tidak asing lagi sebagai salah satu pengeluar produk pengkomputeran yang berjaya. Terbaru, HP tampil dengan model terbarunya HP Probook 5310m. Diantara ciri - ciri model ini ialah
- Model ini adalah model komputer riba yang paling nipis didunia yang mana menawarkan prestasi perniagaan penuh bagi keperluan mobiliti golongan professional.
- Produk ini hanya seberat 1.72 kg dan ketebalannya 0.93 inci. Model ini didatangkan bersama paparan skrin LED berdefinisi tinggi 13.3 inci.
- Binaan luarnya adalah kombinasi material aluminium dan magnesium dengan rekaan yang sofistikated.
- Model ini dipacu dengan menggunakan pemproses Intel CoreTM2 Duo SP9300.
- Bateri model ini mampu bertahan sehingga 8 jam kerana ia diperbuat daripada polimer litium berkapasiti tinggi.
- Pengguna juga boleh mengakses kandungan internet ketika komputer tidak aktif dengan kadar masa sambungan kurang daripada 20 minit kerana model ini menggunakan aplikasi HP QuickWeb.
- Selain itu, pengguna juga boleh mengedit emel, kalendar dan juga nombor telefon tanpa mengaktifkan komputer tersebut.
HP ProBook 5310m kini boleh didapati dipasaran dengan harga RM 3,299 dengan pilihan sistem operasi Microsoft Windows XP ataupun Microsoft Windows Vista.
0 comments:
Post a Comment