Kejohanan Merentas Desa 2010

Thursday, February 11, 2010

SMKMM 6 Feb - Kejohanan Merentas Desa 2010 telah diadakan bertempat di Padang SKM Mahmud Mahyidin. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKMM, Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib.


Kejohanan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mustafa Salim dan diikuti dengan aktiviti senamrobik dan bacaan doa sebelum memulakan acara merentas desa. Acara dibahagikan kepada 8 kategori iaitu Perempuan D & E, Lelaki D & E, Perempuan C, Perempuan B, Perempuan A, Lelaki D, Lelaki B, dan Lelaki A. Setiap kategori dilepaskan selang 5 minit.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKMM, Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib dengan diiringi oleh Encik Wan Adnan b Wan Bidin selaku pengerusi untuk Kejohanan Merentas Desa ini.

Tahniah kepada para pemenang dan diharapkan ia menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar yang lain.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP